Pergaulan Antara Jantina

Malu Sebagai Benteng…

Kebelakangan ini,pergaulan bebas yang tiada batasan antara lelaki dan perempuan,khususnya dalam kalangan generasi muda menimbulkan banyak permasalahan sosial yang semakin parah.Daripada sekelompok manusia yang begitu teliti menjaga batasan susila pergaulan antara silang jantina,masyarakat Melayu Muslim hari ini semakin longgor menjaga adat sopan yang merupakan panduan dan sempadan serta agama.

Seawal usia belasan tahun,anak-anak kita sudah pandai berpacaran,mempunyai teman istimewa yang boleh berbicara tentang cinta serta menghabiskan masa melayan emosi dan khayalan.Fitrah ingin tahu menjadikan remaja lelaki dan wanita mencuba cuba untuk bermain dengan perasaan.Desakan ingin berkawan sepertimana orang lain yang sudah berdua-duaan dan berpasang-pasangan,seringkali menjadikan remaja lelaki dan perempuan melanggar pantang larang ini menjadi benteng kukuh yang menjadi perisai dan pelindung.Sudah hilang perasaan malu dan segan,malah perlakuan menjolok mata mula dipamerkan di depan khalayak ramai.

Seterusnya,pintu kepada perzinaan terbuka luas dan berkesudahan dengan pelbagai seksual yang semakin kerap diloparkan hari ini.Ditambah pula dengan pelbagai bentuk modaliti atau wahana komunikasi yang wujud pada hari ini,penduduk dunia berhubung antara satu sama lain di planet bumi yang sudah ibarat sebuah perkampungan kecil.Kemudahan internet dan kewujudan laman web sosial kini semakin menjadi tumpuan dan kegilaan ramai.Kemodenan yang diraih dan kemudahan yang dinikmati seolah-olah menjadikan manusia lupa siapa dirinya yang sebenar.Tiada lagi sekatan dan batasan,manusia lepas bebas tanpa dihalang lagi semua keinginan dan kehendaknya.

0 comments:

Post a Comment