DOA UNTUK KEKASIH

Ya Allah ya Tuhanku..
Seandainya dia menjadi milikku
Tercipta untukku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Tetapkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini abadi….

Ya Allah ya Tuhanku….
Seandainya telah Kau takdirkan dia
Bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
dan peliharalah diriku dari kekecewaan….

Ya Allah ya Tuhanku….
berikanlah diriku kekuatan
melontarkan bayangannya ke dada langit
agar ku rasa bahagia
walaupun tanpa dirinya
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
meskipun tak sama dengan dirinya
seandainya dia datang menemuiku
cinta itu adalah cinta sejati dan satu
seandainya dia tidak datang menemuiku
anggaplah cinta itu tak wujud dari awal lagi…..

Ya Allah ya Tuhanku….
pasrahkanlah apa yang Engkau takdirkan
adalah yang terbaik untukku
kerana Engkau maha Mengetahui
bahagia yang terbaik untuk hambaMu ini….

Ya Allah cukupkanlah Engkau sahaja yang
menjadi pemeliharaku
di dunia dan di akhirat
dengarkanlah rintihan dari hambaMu
yang daif ini
jangan Engkau biarkan aku sendirian
di dunia mahupun akhirat
menjuruskan ke arah kemaksiatan
dan kemungkaran
maka kurniakanlah aku seorang pasangan
yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padaku
keturunan yang soleh……..

Antara koleksi doa-doa
penawar dari hadis nabi :

1. Doa ketika menghadapi sakit atau demam :

بِسْمِ اللَّهِ الْكَبِيرِ أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ مِنْ شَرِّ كُلِّ عِرْقٍ نَعَّارٍ وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّارِ

Maksudnya : "Dengan nama Allah Yang Maha Besar, Aku berrlindung daripada kejahatan setiap peluh yang meruap-ruap dan daripada kejahatan setiap kepanasan api."
(Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya)

2. Doa ketika menziarahi orang yang sakit :

أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

Maksudnya : "Aku bermohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Yang Memiliki 'Arasy yang Agung, agar menyembuhkan kamu (dibaca sebanyak 7 kali)."
(Hadis riwayat Imam Abu Daud dalam Sunannya)

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إِلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Maksudnya : "Ya Allah, tuhan sekalian manusia, penghilang segala kesusahan, sembuhkanlah kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tiada sesiapa yang dapat menyembuhkan (penyakit) melainkan Engkau sahaja yang dapat mengubati dan menghilangkan sakit."
(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dalam Sahihnya)

3. Doa mohon berlindung daripada gangguan syaitan dan sekutunya :

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

Maksudnya : "Aku mohon berlindung dengan kalimah-kalimah Allah (Al-Quran atau asma' Allah dan sifatNya) yang sempurna daripada setiap syaitan dan binatang berbisa yang boleh membunuh serta berlindung daripada setiap pandangan mata yang boleh mendatangkan kejahatan."
(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Pergaulan Antara Jantina

Malu Sebagai Benteng…

Kebelakangan ini,pergaulan bebas yang tiada batasan antara lelaki dan perempuan,khususnya dalam kalangan generasi muda menimbulkan banyak permasalahan sosial yang semakin parah.Daripada sekelompok manusia yang begitu teliti menjaga batasan susila pergaulan antara silang jantina,masyarakat Melayu Muslim hari ini semakin longgor menjaga adat sopan yang merupakan panduan dan sempadan serta agama.

Seawal usia belasan tahun,anak-anak kita sudah pandai berpacaran,mempunyai teman istimewa yang boleh berbicara tentang cinta serta menghabiskan masa melayan emosi dan khayalan.Fitrah ingin tahu menjadikan remaja lelaki dan wanita mencuba cuba untuk bermain dengan perasaan.Desakan ingin berkawan sepertimana orang lain yang sudah berdua-duaan dan berpasang-pasangan,seringkali menjadikan remaja lelaki dan perempuan melanggar pantang larang ini menjadi benteng kukuh yang menjadi perisai dan pelindung.Sudah hilang perasaan malu dan segan,malah perlakuan menjolok mata mula dipamerkan di depan khalayak ramai.

Seterusnya,pintu kepada perzinaan terbuka luas dan berkesudahan dengan pelbagai seksual yang semakin kerap diloparkan hari ini.Ditambah pula dengan pelbagai bentuk modaliti atau wahana komunikasi yang wujud pada hari ini,penduduk dunia berhubung antara satu sama lain di planet bumi yang sudah ibarat sebuah perkampungan kecil.Kemudahan internet dan kewujudan laman web sosial kini semakin menjadi tumpuan dan kegilaan ramai.Kemodenan yang diraih dan kemudahan yang dinikmati seolah-olah menjadikan manusia lupa siapa dirinya yang sebenar.Tiada lagi sekatan dan batasan,manusia lepas bebas tanpa dihalang lagi semua keinginan dan kehendaknya.

Malu Cabang Iman

Antara factor yang mendorong remaja belia hari ini berkelakuan sebegitu adalah kerenggangan hubungan dengan ibubapa yang sepatutnya memenuhi keperluan emosi anak-anak mereka.Akibatnya,remaja belia lelaki dan perempuan ini terpaksa saling bergantungan anatara satu sama lain untuk mendapatkan pengiktirafan dan perhatian yang seharusnya diperoleh daripada kedua-dua ibu dan bapa.

Selain itu,masyarakat hari ini sudah tidak lagi menitikberatkan kepentingan sifat malu yang menjadi benteng dan pagar pendinding.Tanpa bekalan sifat malu kepada allah s.w.t dan juga kepada manusia lain,seseorang itu amat mudah bertindak melulu,menurut hawa nafsunya semata-mata.Jika ada sifat malu dalam masyarakat hari ini,ia lebih tertumpu kepada malu sekiranya mengenakan pakaian yang berjenama,malu jika hanya mampu memandu kereta tahu keluarga asal tidak sekaya mana.

Sedangkan dalam banyak hadis Rasulullah s.a.w menyentuh tentang kepentingan aspek malu ini.Antaranya daripada Abu Mas'sud Uqbah bin Amr al-anshari al-Badri r.a katanya Rasulullah s.a.w pernah bersabda (yang bermaksud): "Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih di kenal terdahulu adalah 'Apabila kamu tidak malu,maka berbuatlah sesuka hatimu."(Riwayat al-Bukhari).

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Iman itu ada tujuh puluh lebih cabang.Dan malu adalah salah satu cabang iman."(Riwayat Muslim).Imran bin Husiani r.a pula meriwayatkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : "Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan."(Riwayat Muslim).


 


 

Kalau Berpacaran

Memang benar apa yang digambarkan dalam korus lagu Kalau Berpacaran,nyanyian Sohaimi Mior Hasan ,Ana Raffali dan Altimet yang sedang popular kini :


Boleh pandang-pandang,

Jangan pegang-pegang,

Duduk renggang-renggang,

Bertambah sayang,

Biar malu-malu,

biar segan-segan,

Kerna malu itu perisai orang beriman.


 

Dalam lagu ini juga diselitkan beberapa monolog syaitan yang menggoda manusia agar melakukan larangan allah s.w.t :

Yeah,kita sambung cerita,

Kalau kamu berdua,

Aku yang ketiga,

Aku penambah rasa,

Akulah pendarab nafsu serakah,

Hai teruna bikin perangai selamba,

Hati si dara kata taka apa,

Berani buat terima padah,

Kaku tak sedia ucap syahadah,

Boleh pandang-pandang,

Boleh pegang-pegang,

Duduk rapat-rapat,bertambah sayang,

Jangan malu-malu,jangan segan-segan

Ha,ha.ha!.....


 


 

Usaha menyemaikan sifat malu mesti dimulakan sejak kanak-kanak lagi.Ia harus beputik daripada aqidah yang mantap,asas tauhid yang kukuh bahawa Allah s.w.t.melihat dan memerlihatkan setiap gerak laku dan tindak –tanduk kita semua.Tidak ada siapa akan berani melakukan pelanggaran perintah Allah s.w.t.sekirannya diat merasakan Allah sentiasa melihat daan merasakan kehadiran kedua-dua malaikat pencatat di kedua-dua belah bahunya!.


 

Ayuh,marilah kita tingkatkan keimanan dan keazaman untuk memperbaiki suasana ketaatan dalam kalangan kita semua,agar kelak kita terus menjadi hamba Allah s.w.t.yang patuh dan bersedia untuk di panggil pulang menemuinya-Nya bila-bila masa dan di mana jua.