Malu Cabang Iman
Antara factor yang mendorong remaja belia hari ini berkelakuan sebegitu adalah kerenggangan hubungan dengan ibubapa yang sepatutnya memenuhi keperluan emosi anak-anak mereka.Akibatnya,remaja belia lelaki dan perempuan ini terpaksa saling bergantungan anatara satu sama lain untuk mendapatkan pengiktirafan dan perhatian yang seharusnya diperoleh daripada kedua-dua ibu dan bapa.
Selain itu,masyarakat hari ini sudah tidak lagi menitikberatkan kepentingan sifat malu yang menjadi benteng dan pagar pendinding.Tanpa bekalan sifat malu kepada allah s.w.t dan juga kepada manusia lain,seseorang itu amat mudah bertindak melulu,menurut hawa nafsunya semata-mata.Jika ada sifat malu dalam masyarakat hari ini,ia lebih tertumpu kepada malu sekiranya mengenakan pakaian yang berjenama,malu jika hanya mampu memandu kereta tahu keluarga asal tidak sekaya mana.
Sedangkan dalam banyak hadis Rasulullah s.a.w menyentuh tentang kepentingan aspek malu ini.Antaranya daripada Abu Mas'sud Uqbah bin Amr al-anshari al-Badri r.a katanya Rasulullah s.a.w pernah bersabda (yang bermaksud): "Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih di kenal terdahulu adalah 'Apabila kamu tidak malu,maka berbuatlah sesuka hatimu."(Riwayat al-Bukhari).
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Iman itu ada tujuh puluh lebih cabang.Dan malu adalah salah satu cabang iman."(Riwayat Muslim).Imran bin Husiani r.a pula meriwayatkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : "Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan."(Riwayat Muslim).





0 comments:
Post a Comment